Berehat sebentar di tepi salah satu station MRT di Beijing


Pada permulaannya perancangan aku dan rakan adalah untuk ke salah satu negara di Asia Tengah. Tetapi memandangkan terdapat kekangan yang tidak dapat di elakkan, perancangan tersebut tidak dapat dilaksanakan.  Pada ketika itu aku telah pun memohon cuti untuk kembara selama lebih kurang 18 hari. Pemohonan cuti telah di pohon lebih dari sebulan tarikh cuti yang dipohon kerana cuti ini melibatkan perjalanan ke luar negara. Oleh kerana permohonan cuti telah pun diluluskan, aku telah berfikir dan telah membuat keputusan untuk mengembara secara solo sahaja iaitu ke Negara China.

Fikiran aku ligat berfikir bagaimanakah pengembaraan yang ingin aku lakukan pada kali ini.  Akhirnya aku telah memutuskan untuk mengunakan jalan darat untuk pulang dari Beijing hingga ke Alor Setar. Perancangan dilakukan kurang dari 2 bulan.  Aku mula mencari dan menempah penerbangan sehala ke Beijing. Permohonan visa aku lakukan dengan menggunakan khidmat agensi pelancongan bagi menjimatkan kos kerana aku berada di Alor Setar.  Tidak berbaloi untuk aku turun ke Kuala Lumpur bagi membuat permohonan Visa. 

Aku hanya membuat penempahan hostel di Beijing sahaja kerana aku tidak pasti bagaimana perjalanan darat yang akan aku lakukan. Setelah membuat sedikit kajian, aku telah memutuskan untuk melakukan perjalanan bermula dari Beijing, Xian, Kunming,  Yuangyang, Hanoi, Saigon, Siem Reap, Bangkok dan Alor Setar.

Aku berada di Beijing Selama 3 malam termasuk malam pertama yang terpaksa tidur di Airport sahaja bagi mengelakkan menggunakan Teksi pada pukul 2 pagi kerana penerbangan aku tiba pada pukul 1 pagi. Aku berkesempatan untuk melawat Great Wall of China at Jinshanling, Forbidden City, Terracotta Xian, Paddy Terrace Yuanyang, War Museum Saigon dan Angkor Watt Cambodia.

Perjalanan Beijing ke Xian dengan keretapi mengambil masa hanya 12 jam sahaja, manakala perjalanan dari Xian ke Kunming pula mengambil masa selama 35 jam dengan keretapi. Begitu juga perjalanan dari Hanoi ke Saigon mengambil masa selama 35 jam perjalanan. Dari Kunming ke Yuanyang aku mengambil bas dengan perjalanan selama 8 jam. 

Permandangan di Great Wall amat mengasyikkan. Begitu juga dengan permandangan Paddy Terrace di Yuanyang yang begitu memukau mata. Aku menghabiskan masa  seharian di kawasan tanaman padi xinjie village iaitu bermula 6 pagi kerana menunggu sunrise sehinggalah ke pukul 4 petang. Tidak banyak gambar yang dapat di rakamkan kerana 80 peratus dari waktu aku berada di kawasan itu di selubungi dengan kabus.

Pengalaman semasa berada di Saigon tidak lah begitu mengasyikkan kerana aku pernah mengunjungi Saigon pada tahun 2004. Bagaimanapun kali ini aku berkesempatan untuk solat jumaat di salah satu masjid yang ada di tengah-tengah bandar Saigon.

Bila di bandingkan perkhidmatan keretapi China dan Vietnam, keselesaan dan kebersihan perkhidmatan keretapi China lebih sempurna dan baik berbanding dengan perkhidmatan keretapi Vietnam. Keretapi China nampaknya lebih baru dan moden. Bagaimanapun, pengalaman yang di lalui berjam-jam di dalam keretapi kedua-dua buah negara tersebut amat bermakna sekali. 

Pengembaraan aku kali ini lebih kepada merasai dan melalui pengalaman perjalanan tersebut daripada menikmati suasana di tempat tersebut. Ini kerana kekangan waktu yang membataskan aku untuk singgah dan berada lebih lama di setiap tempat yang aku kunjungi. Aku begitu menikmati pengembaraanku kali ini dan di harap aku boleh travel lagi sebegini di waktu yang akan datang.

Permandangan dari jauh Great Wall of China at Jinshanling

 Forbidden City, Beijing

Tiba di Station Keretapi Xian

Salah Seorang Pekerja Keretapi semasa perjalanan Beijing ke Xian

Wall of Xian

Muslim Street Xian

Terracotta, Xian 

Berada di dalam compartment keretapi dari Xian ke Kunming

Permandangan dari dalam keretapi

Paddy Terrace, Xinjie Village Yuanyang

Xinjie Village, Yuanyang

Station Bas, Xinjie Town

Suasana di dalam keretapi dari Hanoi ke Saigon

Suasana di salah satu hentian keretapi di Vietnam

Permandangan indah dari dalam keretapi apabila ia melalui lalaun di tepi laut, Vietnam

Hanoi


Angkor Wat, Siem Reap

Read More
Page 1 of 2